Amerika Syarikat
Monday, 1 October 2012 • 07:00 • 0 comments ![]() Amerika Syarikat atau nama Inggerisnya (United States of America) adalah sebuah negara republik berpelembagaan persekutuan yang terdiri daripada 50 negeri.Sebahagian besar negara ini berada di Amerika Utara, di mana 48 negeri berdampingan dan daerah ibu negara persekutuan, Washington, D.C., terletak di antara Lautan Pasifik dan Atlantik, bersempadan dengan Kanada di utara dan Mexico di selatan. Negeri Alaska pula di barat laut benua Amerika Utara, dengan Kanada di timur dan Rusia di seberang Selat Bering di barat. Negeri Hawaii ialah segugusan pulau di tengah-tengah Lautan Pasifik. Negara ini juga memiliki beberapa wilayah di Caribbean dan Pasifik.
Dengan keluasan 3.79 juta batu persegi (9.83 juta km2) dan lebih 310 juta orang penduduk, Amerika Syarikat ialah negara ketiga atau keempat terbesar dari segi jumlah keluasan, dan ketiga terbesar dari segi keluasan darat dan jumlah penduduk. Ia merupakan antara bangsa-bangsa yang paling pelbagai etnik dan budaya di dunia, hasilpenghijrahan secara besar-besaran dari pelbagai negara.[7] Ekonomi Amerika Syarikatadalah ekonomi negara terbesar di dunia, dengan KDNK pada tahun 2009 dianggarkan bernilai $14.3 trilion (satu perempat KDNK nominal sedunia dan satu perlima KDNK sedunia mengikut pariti kuasa beli).[4][8]
Orang asli yang berasal dari Asia telah beribu-ribu tahun lamanya menduduki kawasan yang menjadi tanah besar Amerika Syarikat. Kependudukan kaum pribumi ini telah banyak berkurangan akibat wabak penyakit dan peperangan selepas bersemuka dengan orang Eropah. Amerika Syarikat ditubuhkan oleh 13 jajahan British yang terletak di sepanjang hadap laut Atlantik. Pada 4 Julai 1776, mereka mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan yang mengisytiharkan hak mereka untuk menentukan kebebasan diri serta penubuhan sebuah persatuan koperasi. Negeri-negeri pemberontak itu mengalahkanEmpayar British dalam Revolusi Amerika, iaitu perang kemerdekaan jajahan pertama yang berjaya.[9] Perlembagaan Amerika Syarikat masa kini diterima pada 17 September 1787; diikuti oleh ratifikasi pada tahun berikutnya yang menjadikan negeri-negeri berkenaan bergabung sebagai sebuah republik tunggal yang dipimpin oleh kerajaan pusat yang berwibawa. Perakuan Hak yang merangkumi pindaan perlembagaan yang menjamin sebilangan besar hak dan kebebasan awam asasi, diratifikasi pada tahun 1791.
Pada abad ke-19, Amerika Syarikat memperoleh tanah dari Perancis, Sepanyol, United Kingdom, Mexico, dan Rusia, serta mengilhakkan Republik Texas dan Republik Hawaii. Perselisihan antara negeri-negeri Selatan berasas tani dan Utara berasas industrimengenai hak-hak negeri serta peluasan institusi perhambaan mencetuskan Perang Saudara Amerika pada 1860-an. Kemenangan pihak Utara mengelakkan perpecahan negara yang berkekalan serta menjadi penyumbang larangan perhambaan di Amerika Syarikat. Menjelang 1870-an, ekonomi negara menjadi yang terbesar di dunia.[10] Perang Sepanyol–Amerika Syarikat dan Perang Dunia Pertama memantapkan taraf negara ini sebagai sebuah kuasa ketenteraan yang disegani. Ekoran Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menjadi negara pertama yang memiliki senjata nuklear dan sebuah anggota tetapMajlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selepas berakhirnya Perang Dingin dan pembubaran Kesatuan Soviet, tinggal Amerika Syarikat sahaja sebagai kuasa terbesar. Negara ini memenuhi 40% perbelanjaan ketenteraan sedunia di samping menjadi sebuah kuasa ekonomi, politik dan kebudayaan di dunia.[11]
Cogan kata : In god we trust
Lagu rasmi : The Star-Spangled Banner
Negara Amerika telah mendapat Kemerdekaan daripada Kerajaan Great Britain.
Tahukah korang,bahawa Ibu nageri bagi USA adalah Washington,District of Columbia (D.C)
Bandaraya terbesarnya pula adalah Bandar Raya New York. a. Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi di sekurang-kurangnya 28 negeri—terdapat sumber yang memberikan jumlah yang lebih besar kerana berbeza takrifan "rasmi".[6] Bahasa Inggeris dan bahasa Hawaii alah bahasa rasmi di negeri Hawaii
|
SOME WORDS! ![]() Welcome to my paradise. What do you want in here? Okeh, steal anyhting what you can steal. bold italic underline Profile
Stuff
Tagboard
example CBOX; ![]() Rewind Credits ![]() Big helped: Aulia Septiya Edited: YOUR NAME |